Produk

Untuk meluaskan lagi inisiatif Kerajaan Negeri Sarawak untuk memastikan bahawa semakin ramai berpeluang memiliki rumah sendiri, Mutiara Mortgage & Credit Sdn Bhd akan memperkenalkan produk-produk pembiayaan Islamik yang berlandaskan patuh Shariah. Pakej pembiayaan rumah yang telah ditambah baik ini diharap dapat meluaskan lagi peluang golongan B40 untuk memiliki rumah impian.

Senarai Pemaju Perumahan Yang Diluluskan Untuk HDAS (Setakat 13/5/2022)

Rumah Spektra Mutiara

Program Rumah Spektra Mutiara (RSM) merupakan program perumahan mampu milik buat rakyat Sarawak golongan B40 dan M40 yang berhasrat untuk membina rumah kediaman yang selesa dan berkualiti di atas tanah milikan sendiri. Program ini mengutamakan pemilik tanah yang diperuntukan oleh Jabatan Tanah & Survey Sarawak di bawah Skim Pembesaran Kampung (SPK) dan Skim Penempatan Semula (SPS) di seluruh negeri Sarawak.

 

KRITERIA KELAYAKAN

  • Pemilikan Rumah Pertama bagi golongan B40 & M40
  • Rakyat Sarawak berstatus Penduduk Tetap Sarawak
  • Pemilik tanah akan memohon pembiayaan dengan Mutiara untuk kos pembinaan
  • Tanah yang diluluskan oleh Jabatan Tanah & Ukur (L&S) atas peruntukan tanah di bawah Skim Pembesaran Kampung (SPK) / Skim Penempatan Semula (SPS)
  • Lain-lain jenis tanah kediaman kosong berdaftar adalah tertakluk kepada saiz tanah yang serasi dengan keperluan kemunduran bangunan minimum oleh pihak berkuasa yang berkaitan

Mutiara Home Financing Scheme (MHFS)

Skim pembiayaan perumahan untuk pembiayaan pembelian rumah awam daripada Housing Development Corporation (HDC)

Mutiara Islamic Personal Financing (MIPF)

Untuk memenuhi keperluan peribadi PENJAWAT AWAM NEGERI SARAWAK dan mana-mana pekerja lain di bawah Agensi Negeri Sarawak dan Anak-anak Syarikatnya, dengan kadar keuntungan serendah 2.30% p.a. (rata).

Mutiara Home Ownership Scheme (MHOS)

Skim alternatif untuk keperluan pembiayaan bagi pembeli yang tidak memenuhi syarat -syarat atau kriteria - kriteria kelayakan yang telah ditetapkan untuk pembiayaan perumahan.

Mutiara Affordable Home Financing Scheme (MAHFS)

Skim pembiayaan ini untuk memenuhi keperluan pembiayaan bagi pembeli rumah - rumah mampu milik seperti Spektra Medium, Spektra Permata dan Program Perumahan Sri Pertiwi.

Mutiara Dream Home Financing Scheme (MDHFS)

Skim Pembiayaan untuk program Skim Pembesaran Kampung (SPK) dan Skim Penempatan Semula (SPS) dibawah kelolaan Kerajaan Negeri Sarawak. Skim MDHFS ini menawarkan pembiayaan untuk kos pembinaan rumah di atas tanah yang telah ditawarkan.

 30,012 total views,  26 views today